Proton akan terus cari rakan usahasama strategik


KUALA LUMPUR 1 Julai - Proton Holdings Bhd. (Proton) akan meneruskan usaha mencari rakan usaha sama strategik yang baru selepas Volkswagen AG (VW) dari Jerman di New York menolak untuk bekerjasama dengan syarikat pengeluar kereta nasional itu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim erkata, walaupun belum berjaya mendapatkan rakan usaha sama strategiknya, Proton sedang melakukan kerjasama dalam beberapa bidang iaitu enjin dan komponen dengan Mitsubishi serta usaha sama serantau dengan China dan Iran.

"Persekitaran automotif global yang kian mencabar akan memberi kesan kepada sebarang usaha Proton untuk menjalin hubungan strategik.

"Bagaimana pun, usahasama strategik tidak semestinya membabitkan pegangan ekuiti dengan satu syarikat saja dan amalan itu memang biasa dalam syarikat automotif global," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai perancangan Proton untuk mendapatkan rakan usaha sama strategik selepas VW menolak tawarannya baru-baru ini.

Terdahulu, Khairy mahu kerajaan menyatakan mengenai rancangan dan strategi jangka panjang kerajaan berhubung sebarang usaha sama strategik Proton dan syarikat asing serta adakah usaha tersebut akan membabitkan pegangan ekuiti oleh syarikat asing dalam Proton.

Donald berkata, kerajaan akan terus memastikan Proton kembali berdaya saing, mampu meningkatkan kebolehpasaran kenderaan-kenderaan keluarannya, meningkatkan kemampuan operasi dan mencapai skala ekonomi.

"Sehubungan itu, sebarang usaha yang mahu dipertimbangkan perlulah memenuhi keperluan-keperluan tersebut," katanya.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger