Perodua Myvi Limited Edition 2010


Perodua sekali lagi memperkenalkan varian model Myvi terkininya, Myvi Limited Edition (LE). Merupakan model yang telah dikemaskini dan dipertingkat dari model Myvi 1.3 EZ. Model Myvi ini juga diberikan beberapa sentuhan baru antaranya warna baru, Dazzling Red (juga terdapat warna hitam dan putih sebagai pilihan lain), sentuhan Dekoratif Kubik pada centre cluster dan door arm rest, kemasan tempat duduk dengan fabrik eksklusif, carpet mat dengan "Limited Edition" emblem, Pemain CD dengan MP3, USB port dan Bluetooth, Dual SRS Airbags (pemandu & penumpang hadapan), Side Door Moulding yang baru dan eksklusif, lampu belakang LED seperti model SE, dan grade mark yang eksklusif dengan "Limited Edition".

Dijangka akan diumum dan dilancarkan dengan rasmi pada 7 Julai 2010 (Rabu), model ini bakal disasarkan bagi golongan wanita yang inginkan kereta berciri feminin. Myvi LE ini juga turut dilengkapi dengan enjin DVVT, DOHC berkapasiti 1.3liter dengan teknologi Electronic Fuel Injection (EFI) dengan transmisi automatik, ABS, Sportrim serta beberapa ciri yang sama dengan Myvi sedia ada. Harga dijangka sekitar RM48,600 (Metallic & Auto).






info : auto akasia / autoworld forum / perodua / mudah
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
12 Ogos 2010 2:58 PTG

myvi pink...
hadiah utk awek ku yg tercinta..
mesti dia suke kn.. kn.. kn..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger