New Proton prototype mule spotted?



Gambar ini yang diambil dari paultan.org sememangnya patut aku siarkan kepada semua pengunjung kerana ini merupakan prototype model baru Proton. Berlandaskan platform Exora, model inikah yang dimaksudkan Persona pada masa akan datang? Berdasarkan spy shot ini, terdapat sebuah model prototype dan sebuah model Exora. Adakah ini yang dikatakan Exora yang dipertingkatkan enjin turbo atau 1.8 ataupun Exora yang dikatakan untuk peniaga dimana row ketiga tiada lagi bangku penumpang? Model prototype ini kelihatan barisan ketiga diubahsuai selain bumbung yang rendah seakan model Toyota Caldina. Sebelum ini kita juga terdengar projek Proton SUV, platform Exora sesuai untuk pembangunan model premium dan SUV. Sebagaimana yang kita tahu, jenama premium bagi Proton dikatakan akan menggunakan jenama Lotus.





Share this article :

+ comments + 23 comments

Tanpa Nama
20 Julai 2010 11:56 PG

mcm proton MSX je.

Tanpa Nama
20 Julai 2010 5:44 PTG

myb msx..tp dlm ati sy, ni utk model sedan proton nnt..sbb dah kecoh psl perdana nak start wat 2011..diawalkan..waja tak mungkin sbb mmg dah tau platform dr lancer tu..klo suv pon tak kot sbb terlalu rendah..kite leh bygkan kalo tgk tinggi kete tu..rasa mmg rendah sgt..xslesa nak wat suv.myb ni jawapn kpd perdana kot..tapi diorg wat test mule guna exora sbb mmg platform dia seswai utk sedan gak bila modified..papepon tunggula brita sterusnya..huhu

Tanpa Nama
21 Julai 2010 9:32 PG

saya rasa persona baru. perdana diorang pakai model luar mcm waja baru.

21 Julai 2010 11:15 PG

adik, i got d54t pic on my blog. check it out..

Tanpa Nama
22 Julai 2010 2:56 PTG

aku rasa premium sedan.

Tanpa Nama
26 Julai 2010 5:12 PTG

proton ni macam model crossover je.

Aku
27 Julai 2010 5:26 PTG

Nampak sangat ketinggalan zaman punya design. Orang lain design wiper intergrated sekali dalam body punya design supaya tak terjojol macam tu. Sama macam Exora gak, wiper terjojol. Saga, Persona pun sama. Cuma korang tengok VW Jetta (model murah dari VW) Tengok macam mana dia punya wiper. Ada terjojol macam Proton tak?

P/S: Jangan salah faham, aku sokong Proton. Sebab itulah aku merasakan yang perkara ini harus disuarakan supaya model akan datang dapat diperbaiki.

Tanpa Nama
29 Julai 2010 11:19 PG

ni baru peringkat permulaan sebab tu hodoh. nanti mesti cun punya.

Aku
29 Julai 2010 12:19 PTG

Tanpa Nama,

Kedudukan wiper dah tak boleh diubah. Sebab dia kena masuk dalam design.

Tanpa Nama
30 Julai 2010 4:45 PTG

ni belum final product. baru mule test je.

Tanpa Nama
31 Julai 2010 10:51 PTG

yang bahagian atas tuh kenapa mesti condong ke belakang..tak cantik langsung...

Tanpa Nama
3 Ogos 2010 9:34 PG

harap proton akan terus maju mengeluarkan design2 yg setanding dgn kereta luar negara..nampak nya proton semakin advance ..go PROTON

Tanpa Nama
6 Ogos 2010 11:43 PG

exora lg cun la, yg B647A tuh ntah ape ntah design..apsal cermin tpi kt bhg blakang semakin mengecil menirus mcm tu....?? lain mcm jer design..tlg la wat elok2 skit....

Tanpa Nama
15 Ogos 2010 12:02 PG

Kalau tengok mula-mula memang agak pelik tapi kena tunggu final product.Proton memang selalu test kereta kat jalan-jalan utama kat Malaysia dan kadang-kadang design dia pelik masa kita mula-mula tengok.Cuma kita tunggu dan lihat hasil terakhir kereta ini.Harap-harap juga proton mendengar pandangan rakyat mengenai design yang rakyat inginkan.Saya pasti PROTON boleh berjaya dan setanding dengan jenama bukan Malaysia.

Tanpa Nama
22 Ogos 2010 4:05 PTG

Pada saya la design sahaja x cukup..Spesifikasi lain pon perlu dititik beratkan.Buat apa rupa mcm lancer.cantik di rupa sahaja.Performance? siapa yang guna je tahu.Jika dilihat di laman aduan NCCC.Terlalu banyak aduan berkenaan kereta Proton.Saya rasa Quality dan Performance yang perlu ditingkatkan bukan disign sahaja. Setelah 25 tahun Proton beroperasi seharusnya kita boleh meletakan nama Proton setanding dengan kereta keluaran negara lain.Sedikit info: Proton mengeluarkan kereta pertama tahun 1985. Korea mengeluarkan kereta pertama tahun 1992. Sehingga kini tahun 2010 kita boleh menilai dan bandinkan dimana tahap pencapaian kita dan dimana tahap pencapaian Korea.Seharusnya Proton bangkit bersaing dengan membaikpulih prestasi keretanya dari aspek keselamatan dan performance.Good Luck to Proton.

p/s;Merasa sedikit terkilan apabila terbaca artikel mengenai Proton Gen-2 di Australia,dimana kereta kita di rangking kan kereta tercorot dalam aspek Safety; 1/10.

Tanpa Nama
23 Ogos 2010 8:31 PG

proton dan perodua patut kerjasama seperti kia dan hyundai di korea. penggabungan boleh memberi impak yang besar.

Tanpa Nama
23 Ogos 2010 1:37 PTG

kereta prtama proton mmg la dikluarkn pd tahun 1985. Dah 25 thn. Tp aku rase proton btl2 agresif dalam 10thn ni je. Dari awal syarikat ni ditubuhkn hanye saga dan iswara je yg kluar. Yg lain out,krg smbutn.Upgrade skit, launch versi facelift. Pastu upgrade facelift lg. Kemudian uprade lg skali facelift model yg sama. X abis2 tu je bertahun2. La ni dlm 10 thn ni je br nampak byk model br. Harap2 lepas ni proton terus bgn dan jgn buang masa utk maju. Gud luck proton

Tanpa Nama
23 Ogos 2010 2:34 PTG

proton dah byk berubah. dulu masa ade usahasama dengan mitsubishi sebab tu asyik facelift je tiap2 tahun. sekarang dh bebas boleh buat sesuka hati.

Tanpa Nama
31 Ogos 2010 7:38 PG

Harap CEO proton sekarang ni dapat terus meningkatkan kualiti kereta nasional kita. CEO yg dulu tu banyak sangat melakukan pembaziran mungkin sebab dia orang PM yang dulu. Design kereta pun ntah apa-apa, kualiti pun terburuk. Harap Proton boleh contohi company Hyundai or Kia yg sekarang ni dah dalam 'top list world'. Birokrasi dan korupsi dalam proton harus dihapuskan untuk maju. Kita tunggu lah camne waja baru ni. Janganlah harapkan rupa 'lancer' tu je tapi kualiti hampeh. selama ni teknologi kita jauh ketinggalan. Impian saya agar kita dapat menikmati apa yg rakyat Jepun perolehi, iaitu dapat beli kereta buatan negara sendiri dengan harga yg rendah dengan teknologi yg tekini.

Tanpa Nama
1 September 2010 8:39 PG

di harap proton terus berada di landasan yang betul.

Derrick
5 September 2010 12:54 PG

is this the all new proton jumbuck for australian market...??? Anyone...?

Tanpa Nama
9 September 2010 3:34 PTG

its suv

Tanpa Nama
26 Oktober 2010 7:06 PTG

nak buat mcm caldina kot...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger