Model Motorsikal Elektrik Keluaran Modenas


ANAK Syarikat 70 peratus milik DRB-Hicom Bhd, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) akan memperkenalkan motosikal elektrik pertama di negara ini yang menggunakan teknologi dan kepakaran tempatan sepenuhnya.
Ketua Eksekutifnya, Bastamam Hamzah, berkata motosikal terbabit akan dilancarkan dalam tempoh dua bulan lagi atau sebelum akhir tahun ini pada harga di bawah RM5,000 seunit.


Katanya, dengan menggunakan kuasa bateri sebagai komponen utama untuk menggantikan enjin asal kenderaan itu, pembeli bakal menikmati pelbagai kelebihan dan ciri-ciri menarik setanding keluaran motosikal lain.


“Buat permulaan, 15 unit motosikal elektrik itu sudah dikeluarkan untuk ujian dan apabila semua persiapan, khususnya membabitkan undang-undang permotoran baru diluluskan di Parlimen nanti, kami menyasar mengeluarkan antara 500 unit sebulan atau 6,000 unit setahun.


“Malah, kelebihan motosikal ini ia dilengkapi ciri motosikal biasa dan hanya memerlukan sumber kuasa elektrik biasa bagi mengecas semula baterinya sebelum boleh digunakan semula,” katanya sempena lawatan pegawai kanan kumpulan DRB-Hicom yang diketuai Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil ke Balai Berita di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, motosikal elektrik yang menepati standard piawaian pencemaran udara dan bunyi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KETTHA) itu hanya memerlukan lima bateri dan mampu bertahan sehingga 65 kilometer (km) dengan kelajuan minimum 60 sehingga 110 km sejam.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger