Pelan Transformasi Lotus Lima Tahun


Lotus dijangka mendapat keuntungan kembali dalam masa 5 tahun akan datang selepas pemiliknya Proton melakukukan pelan transformasi untuk menjadi pengeluar kereta sport mewah sebaris dengan Ferrari dan Porsche daripada sekadar pengeluar kereta sport biasa. Antara strategi yang dirangka dalam pelan tersebut ialah :

Pengurusan Baru

- Di bawah pengurusan baru yang diketuai bekas pegawai kanan Ferrari iaitu Dany Bahar sebagai Ketua Eksekutif Lotus Group dan Pengarah Urusan Lotus Cars, seramai 11 muka baru lain yang memiliki kepakaran dan pengalaman luas dalam dunia pengeluar kereta sport mewah seperti Porsche, Ferrari, Aston Martin dan Fiat Group turut disenaraikan.

Ia antaranya termasuk Paul Newsome, bekas jurutera Jaguar, BMW dan MG Rover yang kini bertanggungjawab merangka pelan kejuruteraan produk Lotus; Donato Coco, bekas pegawai kanan Ferrari yang terbabit dalam rekaan 430 Scuderia dan F548 Italia yang bertanggungjawab dalam pelan rekaan produk baru Lotus dan Andreas Schlegel, bekas pegawai bertanggungjawab merangka strategi pemasaran Daimler-Benz, Prosche AG yang mengetuai bahagian pembangunan jenama dan pemasaran kereta Lotus.

Pengenalan Model Baru

- Menjelang 2015 Lotus akan memperkenalkan model baru yang dianggarkan berharga 100,000 hingga 130,000 Euro, jualan tahunan dijangka meningkat dari 2,000 hingga 2,500 kereta setahun sekarang kepada 6,000 hingga 8,000 kereta setahun.

Tema baru Lotus “Tomorrow’s luxury sports car, today.” bakal menyaksikan peralihan daripada tema “lightweight” sekarang yang bakal meletakkan kereta Lotus sebaris dengan Ferrari & Porsche. Model akan datang Lotus bakal mengaplikasikan teknologi yang terkini & lebih upmarket seperti 7-speed twin clutch transmissions, active aerodynamics, continuously variable dampers, hybrid dan sistem range extender , heads up displays & juga penggunaan alcohol sebagai bahan api.

Kereta Kecil Untuk Pasaran Global

- Lotus juga akan mempunyai kereta kecil global seperti Proton EMAS di Geneva baru-baru ni. Mereka akan bekerjasama untuk menghasilkan model ini. Proton akan mengeluarkan versi hacthback 5 pintu untuk dipasarkan di Asia & Timur Tengah, manakala Lotus pula akan mengeluarkan versi sport 3 pintu yang akan dipasakan secara global. Enjin yang bakal digunakan ialan enjin petrol biasa & juga versi hybrid. Apa yang membezakannya cuma kemasan luaran & dalaman sahaja.

Lotus Engineering

- Proton akan memaksimumkan kepakaran Lotus Engineering untuk membangunkan teknologi & model baru pada masa depan. Sepertimana yang kita ketahui antara projek yang bakal membuahkan hasil ialah Project Pheonix, iaitu enjin masa depan Proton, enjin turbo + vvt & juga iafm+.

- Enjin 1.2 liter 3 silinder Range Extender Lotus bakal dikomersilkan bersama Fagor Ederlan.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger