Lotus Sasar Jual 30 Lotus Evora Pada Tahun Pertama


PETALING JAYA, 23 Jun (Bernama) — Lotus Cars Malaysia, satu cabang Proton Edar Sdn Bhd, menyasar untuk menjual 30 Lotus Evoras pada tahun yang pertama, berikutan harga yang menarik dan penambahbaikan pada kereta itu.

Ketua Bahagian Oh Kah Beng berkata sasaran jualan boleh dicapai terutamanya dengan tempahan 10 unit setakat ini.

“Malaysia adalah pasaran keempat terbesar di Asia selepas Jepun, Australia dan Hong Kong,” katanya kepada pemberita pada pelancaran kereta itu di sini hari ini.

Penghantaran, kata Oh, mungkin akan mengambil empat hingga lima bulan.

Lotus kini dijual di 37 negara.

Sementara itu, pengarah urusan kumpulan Proton Holdings Bhd Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata Lotus Evora menawarkan keselesaan perjalanan dengan harga yang menarik.

Mengenai teknologi Lotus, Syed Zainal Abidin berkata 12 jurutera Proton telah menjalani latihan selama satu tahun setengah dan telah terbabit dalam pembangunan kereta itu.

Latihan itu adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk meningkatkan kebolehan dan kepakaran mereka, terutamanya dalam pembangunan syarikat, katanya

.

Syed Zainal berkata Proton juga akan berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk menganjurkan perlumbaan kereta untuk menjadikan Proton satu jenama sukan lumba kereta.

Lotus Evora berharga RM443,480 (spesifikasi sukan), RM463,650 (spesifikasi teknikal), RM472,110 (spesifikasi sukan dan teknologi) dan RM490,210 (spesifikasi edisi pelancaran).



– BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger