Proton Terima Anugerah Terbaik Bagi Exora & Saga



KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) — Proton Holdings Bhd menerima Anugerah Model Baharu Automotif Terbaik bagi Proton Exora dan Model Kereta Penumpang Terbaik bagi Proton Saga, pada Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia 2010.

Pemenang lain bagi kategori automotif ialah Perodua dan Ingress Corporation Bhd.Perodua memenangi Anugerah Kereta Penumpang Tarbaik bagi model nilai untuk wang untuk Perodua Viva buat tahun ketiga berturut-turut.


Frost & Sullivan memperakui kejayaan perbadanan dalam sektor automotif, logistik, teknologi industri, tenaga dan sistem tenaga, teknologi alam sekitar dan bangunan serta penjagaan kesihatan di Malaysia, pada Majlis Kecemerlangan Malaysia 2010 Rabu malam.

Acara itu berlangsung sempena Anugerah Telekom Frost & Sullivan Malaysia.

Pengarah Urusan Asia Pasifik dan rakan Frost & Sullivan, Manoj Menon berkata penyepaduan teknologi seperti Grid Pintar, Kenderaan Elektrik, Rangkaian Sosial dan Komunikasi Tanpa Wayar menawarkan kepada syarikat mengenai peluang untuk menyertai pembangunan Bandar Raya Pintar dan perkhidmatan berasaskan gaya hidup baharu.

“Ia merupakan enjin pertumbuhan utama syarikat dalam dekad akan datang,” kata Menon pada majlis penyampaian anugerah itu.

Menon berkata prestasi syarikat Malaysia sudah meningkat meskipun ekonomi dunia yang sukar.

Sebanyak 11 organisasi utama, termasuk peserta terkemuka negara serta perbadanan multinasipnal yang beroperasi dalam negara, diraikan pada majlis itu.

Sementara itu, Ingress Corporation Bhd menerima Anugerah Pengeluar Komponen Automotif Terbaik.

Public Bank menerima Anugerah Syarikat Kewangan Automotif 2010.

Dalam kategori penjagaan kesihatan, Stemlife Bhd memenangi Augerah Kepimpinan Pertumbuhan 2010 bagi Sel Stem dan Terapeutik manakala Prince Court Medical Centre menenangi Anugerah Penyedia Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan terbaik.

Dalam kategori logistik, PosLaju menrrima anugerah Penyedia Perkhidmatan Ekspres Terbaik manakala Sime Darby Property Bhd memenangi Anugerah Pemaju Mesra Alam 2010.

Dalam Teknologi Industri, Smart Surface Sdn Bhd pula menerima Anugerah Inovasi Teknologi bagi Teknologi Antara Muka Komputer Manusia baharu dan Novaviro Technology Sdn Bhd dipilih pemenang Anugerah Inovasi Teknologi bagi Ekstrak Metana dalam Sistem Biogas.

– BERNAMA
Share this article :

+ comments + 7 comments

16 Mei 2010 11:51 PG

syabas n tahniah proton! all the best!

cheers!

Tanpa Nama
25 Mei 2010 2:58 PTG

go proton saga blm...the best of the malaysia car

Tanpa Nama
25 Mei 2010 4:23 PTG

Saga adalah model keluaran Proton yg paling berkualiti berbanding model yg lain.

Tanpa Nama
19 Jun 2010 8:13 PTG

Proton is getting improved...in terms of customers demand n needs . SAGA i've jz bought for a month now n compare to MYVI which i've had b4 traded in for this...it's much more comfortable than MYVI.....All the Best to PROTON n Malaysia betul dah boleh....

Tanpa Nama
1 November 2010 12:38 PTG

di hrapkn proton akn mnggeluarkn model krang mendpat sambutan sperti savvy sebagai kreta kmpak yg lbih sporty dn juara sebagai mini mpv yg lbih mantap dn sporty untk model terbaru reflement proton pde mse yg akn dgt..

Tanpa Nama
1 November 2010 12:43 PTG

betoi 2 sye pown mnantikn model mini mpv mcm juara pde mse yg akn dtg...tpi savvy x pyh coss model emas da ade....

Tanpa Nama
1 November 2010 12:46 PTG

krg 2 org mcm org sme je....tungu model juara petak too....

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger