Proton SUV (Iguana Project)



Info ini mungkin dah lama diketahui oleh sesetengah pihak dan bloggers. Projek Iguana merupakan SUV Proton yang pertama berasaskan model Exora. Sebelum ini kita mungkin terlihat dan dengar-dengar Proton akan membuat model gantian Proton Arena. Di Malaysia, model Arena tidak mendapat perhatian oleh rakyat kerana aspek penggunaannya. Walaubagaimanapun, Arena cukup popular di luar negara.

Untuk terus relevan dan bersaing dengan jenama lain, memang sudah tiba masanya Proton memperkenalkan sebuah SUV keluarannya. Kajian mungkin sudah lama dilakukan sepertimana kita lihat Proton MSX sebelum ini. Jika Proton dapat mengeluarkan SUV dan EMAS tepat masa beberapa tahun terdekat, saya percaya Proton mampu mengekal nama Proton sebagai Jenama Terkenal.

info : funtastickodesign | cbt | Prodas
Share this article :

+ comments + 11 comments

Tanpa Nama
11 Mei 2010 11:39 PG

nampak menarik.

16 Mei 2010 11:52 PG

mmm... menarik

Tanpa Nama
26 Mei 2010 2:15 PTG

bagus proton..harap dapat keluarkan model nie nt..tp jgn lupa, kualitinya biar ada tandingan dgn SUV lain..

Tanpa Nama
5 Jun 2010 11:32 PTG

http://www.flickr.com/photos/aimanmalayadesign/4670683425/in/photostream/

sketches of other proton iguana is here!!!

adik lan
19 Jun 2010 3:25 PTG

sepatutnya kereta proton merupakan kereta tempatan harganya biasa bersesuaian dengan masyarakat malaysia. barulah orang golongan rendah boleh memandunya

Tanpa Nama
5 Julai 2010 1:13 PTG

proton boleh keluarkan proton exora prime sliding door automatik. Mesti teruja .kami menyokong proton.

Tanpa Nama
5 Julai 2010 3:20 PTG

saya berpendapat. Exora perlu diberi lebih sentuhan rekabentuk supaya setanding dengan jenama lain.

Tanpa Nama
26 Julai 2010 5:09 PTG

saya berharap proton jangan tiru model-model lain seperti subaru,nissan,toyota,honda dan volkswagen kerana design mereka kurang menarik.

Tanpa Nama
22 Ogos 2010 4:17 PTG

hmmm nampak menarik..harap performance tak hampeh mcm selalunye...banyak masalah..jgn design je cantik...kereta teruk x guna jugak..Saya cabar Enggineer Engineer proton buat kereta yg lebih baik...jangan pulak ambik teknologi kereta jepun yg dah nak dibuang ke laut..ambik pastu re-design....Malu la jadi engineer..booooo

dez
14 September 2010 12:24 PTG

Menarik macam SUV BMV. nampak mewah.Tp jangan mahal sangat. Takut Jadi macam SUV produa, tak laku....Kurang dari 60k.. ok la buatan malaysia untuk rakyat kena harga murah. baru org beli. Kalu harga lebih kurang toyota Rush. Lebih baik beli Rush ja..

Tanpa Nama
18 September 2010 2:23 PTG

saya memang bangga dengan proton kerana mampu bersaing dengan kenderaan dari luar negara,walaupun agak ketiggalan sedekit tapi ada lawan. Jangan kerana nak bersaing kualiti pun menurun, Biarlah kualiti berbaloi dengan wang ringgit yang di keluarkan pengguna.Janganlah kerana batu seketul bamper jatuh, Pakai tak sampai setahun engine speed magnatic sensor rosak.Mana Quality control? Masalah molding tingkap, Getah pada wire hardness koyak...Dan banyak perkara remeh - temeh yang menimbul masalah penguna, Mungkin terlepas pandang.....

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger