Proton Akan Membawa Exora ke Pameran Jepun


Proton Holdings Berhad akan menyertai sebagai wakil Malaysia di pameran permotoran di Yokohama Jepun iaitu Automotive Engneering Exposition 2010 (AEE 2010). Pameran tersebut akan berlangsung pada 19 hingga 21 Mei 2010 yang memfokuskan teknologi terkini dan peralatan serta aksesori asli.

Dalam perkembangan lain, Proton akan memperkenalkan Teksi MPV selepas varian Saga, Waja, Wira dan Iswara. Proton Exora akan dikenali sebagai Teksi 1Malaysia. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Exora dijangka lebih baik daripada model teksi lain yang sedia ada sekarang kerana ia selesa dari segi ruang tempat duduk dan tempat menyimpan barangan.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
16 Ogos 2010 5:26 PTG

sayang la, kete malaysia asyik jd taxi je; tk pyh la bwt cmtu :@

Tanpa Nama
31 Januari 2012 12:25 PG

even mercedes is a taxi in germany.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger