Perodua Myvi 2010?


Seperti yang diduga oleh saya, selepas Toyota dan Daihatsu memperkenalkan model Passo dan Boon di Jepun, Perodua pula mempamerkan beberapa lakaran model rekaan perekanya. Lakaran ini yang diambil di MSAM 2010 di Kuching Sarawak oleh Prodas. Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Perodua akan memperkenalkan model Myvi terbaru Jun 2010. Adakah ini akan menjadikan satu persaingan di antara Myvi 2010 dan Saga New Facelift nanti? Kerana kini model Saga telah mendahului model-model lain.

Myvi 2010 dijangka akan dijana enjin 1.5 seperti model Passo. Persaingan dua kompeni tempatan Perodua dan Proton terus hangat sejak akhir-akhir ini berikutan perkembangan ekonomi yang semakin baik. Perodua akan memperkenalkan model Myvi baru manakala Proton akan memperkenalkan model gantian Waja (Lancer GT)dan khabar angin yang saya tahu ialah Saga New Facelift. Selain itu Proton akan memperkenalkan model gantian Perdana menggunakan Volkswagen Passat.

Seperti yang kita tahu, model Alza terus mengukuh dari segi jualan dan permintaan meninggalkan Exora. Namun pada saya, Alza dan Ezora bukan di dalam satu persaingan kerana ia berbeza dari segi keperluan dan citarasa.
Share this article :

+ comments + 4 comments

Tanpa Nama
19 Mei 2010 11:32 PG

tgk lakaran nampak cantik.

Tanpa Nama
19 Mei 2010 2:21 PTG

myvi terus no 1

Tanpa Nama
30 Ogos 2010 3:59 PTG

persona elegan tetap dihati

22 Oktober 2010 3:53 PTG

myvi ka viva 2015 ni der

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger