Italdesign Giugiaro Sekarang VW Punya!


VW bercita-cita tinggi, pada 2018 mereka mensasarkan untuk menjadi pengeluar kereta terbesar dunia. Untuk mencapai sasaran tersebut antara strateginya ialah beli saja mana firma automotif yang perlu. Jalan singkat untuk memperoleh ilmu dan menguatkan organisasi. Dan ‘lauk’ terbaru VW selepas Suzuki ialah firma desain, Italdesign Giugiaro [IDG]. Ironinya ialah VW gagal untuk berkerjasama dengan Proton dan Italdesign adalah rakan strategik tak rasmi Proton di mana desain Emas dan Persona baru dibangunkan firma tersebut. Dan ini bermakna VW mempunyai akses terhadap kedua model baru Proton tersebut.

Pegangan Italdesign dibeli oleh Lamborghini, subsidiari Audi sebanyak 90.1% manakala baki 9.9% dipegang oleh keluarga Giugiaro. Kerjasama IDG dengan VW sudah lama berlangsung iaitu sejak 70 an lagi dengan rekaan pertama Golf Mark 1 dan seterusnya konsep Passat pertama, Scirocco dan terbaru famili Up!

“Setiap titis menjadi lautan bila ianya mengalir ke laut, kami adalah titisan tersebut” kata Giorgetto Giugiaro yang mengasaskan firmanya pada tahun 1968.

sumber info : Geartinggi
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger