Satria Neo R3 Lotus Racing




Harga edisi terhad penuhi spesifikasi kereta lumba ditawar atas jalan RM115,000 seunit

PROTON Holdings Bhd semalam melancarkan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing, edisi terhad yang ditala khusus untuk mereka yang meminati spesifikasi sebuah kereta lumba.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata model itu yang dikeluarkan sempena pembabitan Proton dalam Formula Satu (F1), menggunakan enjin CamPro CPS 1.6 liter yang ditala oleh R3, bahagian sukan permotoran Proton yang mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran kereta lumba, bagi menghasilkan lebih kuasa serta tork.

Digerakkan oleh sistem pengurusan enjin R3, Neo R3 Lotus Racing menggunakan aci sesondol berprestasi tinggi, sistem ekzos ditala semula yang mana enjin CamPro CPS 1.6 liter mampu menjana 145 brek kuasa kuda (bhp) pada 7,000 rpm berbanding model standard Satria Neo dan Satria Neo CPS yang masing-masing pada 110 bhp dan 125 bhp.

Beliau berkata, tork maksimum juga ditingkatkan kepada 168Nm pada 5,000 rpm, daripada 148Nm dan 150Nm pada dua model standard sebelumnya.

“Ini sekali gus membolehkan Neo R3 Lotus Racing memecut 0-100 kilometer sejam dalam 9.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 200 kilometer sejam,” katanya sambil menambah pengenalan model baru itu mendapat inspirasi daripada semangat Lotus Racing.

Beliau berkata demikian pada pelancaran model baru itu yang disempurnakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama tiga pemandu Pasukan 1Malaysia Lotus F1, Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan Fairuz Fauzy.

Dengan pengeluaran terhad 25 unit setahun, Proton Satria Neo R3 Lotus Racing ditawarkan pada harga di atas jalan RM115,000 seunit.

Menyentuh reka bentuk paling ketara pada model itu, Syed Zainal berkata, selain mengekalkan warna klasik hijau Lotus Racing, ia menampilkan fender depan dengan lubang udara sisi sporty yang mempamerkan tulisan Lotus Racing.

Katanya, ini untuk memberikan imej lebih eksklusif, manakala tempat duduk pula diperbuat daripada kulit Nappa.

















sumber : Berita Harian, Utusan Malaysia, Funtasticko Design, Auto Akasia, Paultan.
Share this article :

+ comments + 14 comments

Tanpa Nama
31 Mac 2010 2:24 PTG

kete idaman gua..walaupun da tune n upgred..
tp harge luar kemampuan..klu dlu r3 dlm 70-80k..
yg nie mlampau2 siot..tp kena r dgn brake AP racing,desingn lotus,disc brake yg kaw2..tp seat dia baek letak recaro kew sparco kew..
lg cun..=)

Tanpa Nama
31 Mac 2010 2:42 PTG

dapat naik kat showroom je jadilah.

31 Mac 2010 9:22 PTG

naik je x best bro.. kena lenjan kat highway 1 jam ke, ok gak.. kasi enjin ngaum kaw2.. vrrrooommmmm~!! kalu laa ade duit lebih~ huhu~ minat gila kete nie..

4 April 2010 10:43 PG

Kenapa Proton membezakan kualiti kemasan domestik & eksport ???
klik untuk lihat gambar exora sg..

http://prodas.wordpress.com/2010/04/04/kenapa-proton-membezakan-kualiti-kemasan-domestik-eksport/

Tanpa Nama
14 April 2010 1:33 PTG

Proton bile lagi nak wat turbo..

16 April 2010 5:09 PTG

model trbaru nie mmg kemas....idaman setiap pminat kereta proton.....
tpi rim tu x brape nk ok....klu besar skit ok gak, n pakai yg bintang 5....

Tanpa Nama
20 April 2010 1:51 PTG

harga kerete ni giler siot,mahal melampau..

Tanpa Nama
20 April 2010 1:52 PTG

harga yg melampau dan xberbaloi..

Tanpa Nama
22 April 2010 5:43 PTG

baik ambik civic atau lancer dah tentu2 nampak gaya racing.....

Tanpa Nama
22 April 2010 5:46 PTG

klu ambik satri neo biasa dan tukau enjin mivec 1.8 atau 1.6,cat,tukau brek brembo,seat recaro sr4 brapa je kos dia tak sampai pung 100000 over....penin2.....

25 April 2010 5:54 PTG

nie talaan eropah bro........
sbb tu la mahal skit........
talaan 'Lotus'

Tanpa Nama
16 Ogos 2010 5:31 PTG

style habis :D

10 Januari 2014 9:16 PTG

Aku dah pakai Proton(Wira n Satria)Perodua(Kancil n Kelisa)BMW E30 N E46 dan Toyota Vios.Pada aku semua memerlukan penjagaan yang rapi.Sampai skg aku pakai lagi Kelisa,Vios n E46 so far ok.Pasal Perodua aku rasa memang lebih baik drp Proton.Masalah memang ada tp jika dibandingkan dgn kualiti keluaran Perodua lebih meyakinkan berbanding Proton keluaran terkini.Kalau era 90an memang keluaran Proton berkualiti dan meyakinkan pengguna.Aku sendiri pernah menjadi salah seorang staff Proton pada tahun 95 sehingga tahun 98.Berdasarkan pengalaman aku,aku lebih memilih keluaran Perodua untuk jenama kerete tempatan.Jika ada budject lebih aku syorkan korang membeli Kereta keluaran Toyota kerana pd aku jenama ini cukup mudah utk dijaga dan lebih jimat dari segi penggunan petrol.Alat2 ganti pun x tidak begitu mahal dan berbaloi dari segi jangka hayat penggunaannya.Sekadar pandangan peribadi dan pengalaman.Sekian.

25 Februari 2016 8:06 PG

Pernah dengar syarikat London Pinjaman dan peminjaman yang popular? Ini adalah sebuah syarikat pinjaman yang bekerja pada yang menakjubkan kadar faedah 2.5% ke atas pinjaman. Kami memberi pinjaman daripada 10,000 kepada 300000000. Kami mempunyai tempoh pinjaman maksimum yang selesa 50 tahun dan kami beroperasi pelan terbuka mengira ke atas pinjaman. Kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, dan lain-lain
Kami masih dikenali di seluruh dunia untuk maklum balas yang cepat dan penghantaran cepat. Oleh kerana kita ditubuhkan pada tahun 2000, kami kini beroperasi di lebih 4 benua di dunia, maka di mana sahaja anda berada, kami akan membawa anda pinjaman dengan mudah. Anda perlu pinjaman? adalah
anda menganggur dan memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk keadaan kesihatan kecemasan? Apa jua keperluan untuk wang, kita akan memegang tangan dengan anda untuk membuat dan mengambil beban yang lebih ringan.

Hubungi kami sekarang melalui londonloansandlendingcompany@gmail.com

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger