Proton Persona Elegance 2010 Full Info

Ketika melancarkan Proton Persona Elegance semalam (18 Mac 2010), Datuk Syed Zainal Abidin selaku Pengarah Urusan Proton, menyatakan bahawa Proton sentiasa berbincang untuk mengadakan pakatan strategik dengan Volkswagen (VW) dalam usaha menjadi lebih kompetitif di peringkat global. Perbincangan tersebut adalah dalam bentuk kerjasama yang membolehkan kedua-dua pihak mendapat faedah masing-masing.

ads : Unlimited Mobile Internet click here >>> http://my.shareddis.com/p/9GQ0g

Datuk Syed Zainal tidak menafikan Proton masih lagi mengadakan perbincangan untuk mengadakan kerjasama dengan Volkswagen bagi membangunkan model-model keluarannya. Beliau turut memberitahu bahawa perbincangan Proton dengan pengeluar kereta terbesar di India, Kumpulan Hero masih lagi berjalan.

Proton melihat pasaran India merupakan salah satu pasaran penting untuk Proton berkembang dan bersaing di peringkat antarabangsa. Pelantikan Behara Venkata Rama Subbu (BVR Subbu) ke dalam lembaga pengarah Proton adalah berdasarkan keupayaannya serta kearifan pasaran kenderaan di India untuk membantu Proton pada masa depan.

Ringkasan Spesifikasi Model:
• Terdapat 3 pilihan iaitu: H-line, M-Line dan B-Line.
• Enjin Campro 1.6 IAFM, 110bhp pada 6500rpm, dan kilasan sebanyak 148Nm daripada 4000rpm.
• ECU 32-bit (Siemens).
• Lampu belakang baru, dengan susunan 9 LED (4 di atas, 5 di bawah).
• *bodykit, *slim rear spoiler, *foglamp, *chrome door handles dan side mirror dengan turning lamp.
• Rekabentuk grill baru.
• *rim 15inch dengan rekabentuk baru.
• Blaupunkt audio head unit dengan USB.
• Meter Cluster Graphic yang baru.
• *GPS, *ketinggian tempat duduk pemandu boleh laras, dan *side mirror elektrik.
• *Leather seat, Fabric Material seat dan cruise control.
• Safety kit, *ABD dan *EBD, *2 airbag dan *2 pre-tensioner seatbelts.

ads : Unlimited Mobile Internet click here >>> http://my.shareddis.com/p/9GQ0g

Harga (OTR):
• Persona Base Line (Manual) : RM46,499.00
• Persona Base Line (Auto) : RM49,499.00
• Persona Medium Line (Manual) :RM52,999.00
• Persona Medium Line (Auto) : RM55,999.00
• Persona High Line (Auto) : RM 59,499.00 (hanya terdapat dengan transmisi automatik sahaja).

Pilhan Warna:
• Genetic Silver
• Tranquility Black
• Bronze Garnet (New Colour)
• Chiffon Green (New Colour)
• Brilliant Red (hanya terdapat pada model H-Line sahaja)

Bilakah ia dilancarkan?
Persona Elegance telah dilancarkan pada 18 Mac 2010 oleh Pengarah Urusan Proton, Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Bilakah model ini akan berada di bilik pameran Proton?
Persona Elegance akan berada di bilik pameran bermula 18 Mac 2010.

Apakah konsep yang diketengahkan pada model Persona Elegance?
Persona Elegance adalah model gantian bagi model Persona sedia ada dengan beberapa penambahbaikan dan penambahan ciri-ciri baru. Konsep produk bagi Persona Elegance adalah ia merupakan satu peningkatan dan menjadikan ia sebagai Family Sedan yang bergaya.

Adakah ia terdapat dengan transmisi manual dan automatik?
Ya, model ini terdapat transmisi manual dan automatik, kecuali varian mewah (H-Line) kerana ia hanya terdapat dengan transmisi automatik sahaja.

Apakah jenis enjin yang digunakan pada model Persona Elegance? Tidakkah ia didatangkan dengan versi CPS?
Persona Elegance didatangkan dengan enjin Campro 1.6L IAFM. Tiada versi CPS setakat ini.

ads : Unlimited Mobile Internet click here >>> http://my.shareddis.com/p/9GQ0g

Adakah GPS built-in atau peranti stand-alone? Adakah saya perlu kerap mengemaskinikan peta atau iaboleh dikemaskini secara automatik?
GPS stand-alone tersedia pada varian M-Line & H-Line. Para pelanggan hendaklah merujuk panduan pengguna (user manual) yang disediakan untuk butiran lanjut.

Berapakah tempoh jaminan pengeluar (manufacturer warranty period)?
2 tahun atau 50,000km (mana-mana yang terdahulu)

Adakah terdapat EWP (Extended Warranty Policy)?
Ya, ada. EWP menyediakan tambahan 3 tahun tempoh jaminan atau 175,000km (mana-mana yang terdahulu). Ini membuat jumlah tempoh jaminan menjadi 5 tahun atau 175,000km (mana-mana yang terdahulu).

Adakah kos penyelenggaraan model ini lebih tinggi dari Persona terdahulu?
Kos penyelenggaraan adalah sama seperti model Persona sedia ada.

Bilakah saya boleh membuat tempahan model Persona Elegance?
Tempahan boleh dibuat bermula 18 Mac 2010.

Berapakah tempoh menunggu?
Tempoh menunggu kira-kita 1 hingga 2 bulan.

Di mana dan bilakah saya boleh membuat ujipandu (test drive)?
Di semua bilik pameran bermula 20 mac 2010.

Apakah varian yang disediakan untuk sesi ujipandu?
Unit ujipandu hanya pada varian M-Line dengan transmisi automatik. Walaubagaimanapun, sesi ujipandu pada transmisi manual boleh dibuat.

Bolehkah pelanggan-pelanggan yang masih menunggu untuk kereta yang ditempah sebelum ini, mengubah tempahan mereka untuk model Persona Elegance ini? Adakah saya perlu membayar yuran tempahan tambahan?
Ya, perubahan tempahan boleh dibuat di bilik pameran di mana tempahan sebelum ini dibuat dan anda hanya perlu top up pada perbezaan harga. Anda tidak perlu untuk menambah mana-mana bayaran tempahan tambahan.

ads : Unlimited Mobile Internet click here >>> http://my.shareddis.com/p/9GQ0g

Berapakah bayaran tempahan?
Bayaran tempahan RM500

Jika saya membuat tempahan sekarang dan terdapat kelewatan yang panjang, bolehkah saya dapatkan bayaran tempahan itu semula?
Kami tidak membenarkan pembatalan, tetapi pada keadaan tertentu, para pelanggan dibenarkan membut pindahan tempahan tersebut. Bagaimanapun, bayaran tempahan yang telah dibayar tidak boleh dikembalikan semula.

Jika saya telah menempah Persona Elegance dan kemudiannya saya ingin mengubah tempahan saya untuk model Proton yang lain, bolehkah saya berbuat begitu?
Ya, boleh.

Berapakah kadar faedah pinjaman sewa beli?
Kadar faedah adalah sama dengan model semasa iaitu pada 3.65% (7 tahun) dan 3.75% (9 tahun).

sumber rujukan : Proton /auto akasia / paultan / funtastickodesign
Share this article :

+ comments + 6 comments

Tanpa Nama
28 Mac 2010 4:18 PTG

persona boleh pakai rim 18 ke x??? hok kereta BMW

Tanpa Nama
29 Mac 2010 7:08 PTG

blh pki rim 18 tp pick up kurg...minyak pn tmbh...

17 April 2010 12:26 PG

byk yg prlu dilakukan klu nk pakai rim 18" tu...

Tanpa Nama
29 Julai 2014 7:07 PG

I just like the helpful info you provide on your
articles. I'll bookmark your blog and take a look at
again right here regularly. I am somewhat
certain I will be informed plenty of new stuff right here!
Good luck for the following!

Here is my blog post; best laser hair removal technology

Tanpa Nama
8 Ogos 2014 6:15 PG

It is perfect time to make some plans for the future and it's time to be happy.
I've learn this submit and if I could I wish to suggest you some fascinating things
or tips. Maybe you can write next articles relating to this article.

I want to learn more issues about it!

Visit my page ... how to stream computer to tv

7 Februari 2016 3:17 PG

Kami ingin memaklumkan orang ramai bahawa JAMINAN KEWANGAN PINJAMAN SYARIKAT kini sedang memberi pinjaman pada kadar yang berpatutan sebanyak 2% setahun. Kami memberi jumlah pinjaman minimum 10,000.00 dan jumlah maksimum sebanyak 100,000,000.00. Jika anda memerlukan kewangan untuk pengembangan perniagaan, tujuan pertanian, pembayaran balik hutang, pinjaman kereta dan pinjaman pendidikan maka kita boleh membantu besar dan bantuan kepada anda. Untuk lebih banyak pertanyaan mengenai program kredit kami kami cadangkan anda menghubungi email rasmi kami di bawah: financialassuranceloans@gmail.com, financialassuranceloans@accountant.com

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger