Proton Emas Pictures from Geneva





GENEVA 2 Mac - Proton Holdings Bhd. melakar satu lagi sejarah penting sepanjang 25 tahun penubuhannya apabila melancarkan tiga kereta konsep serentak - Emas, Emas Country dan Emas-3 sebagai langkah strategik yang bakal memacu keupayaannya untuk bersaing di peringkat global.

Ketiga-tiga kereta konsep berkenaan dibangunkan di atas platform casis yang sama tetapi mempunyai konfigurasi berbeza dari aspek penjanaan kuasa dengan tumpuan khusus terhadap aplikasi teknologi hibrid.

Siri kereta konsep itu adalah hasil kerjasama antara Proton bersama anak syarikatnya, Lotus serta mendapat sentuhan reka bentuk oleh Italidesign Giugiaro (Giugiaro), firma automotif terkemuka yang berpangkalan di Turin, Itali.

Majlis pelancaran ketiga-tiga kereta konsep itu disempurnakan bekas Perdana Menteri yang juga pengasas dan Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada hari pertama Pameran Motor Antarabangsa Geneva Ke-80 di Pusat Konvensyen Geneva Palexpo di sini hari ini.

Turut sama Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi Proton, Datuk Mohd. Nazmi Mohd. Salleh; Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir dan Pengerusi Giugiaro, Giorgetto Giugiaro.

Emas merupakan kereta hibrid yang menampilkan casis rekaan khusus bagi pemasangan enjin endothermic di hadapan, khusus bagi mengecas bateri ion litium untuk menghasilkan janaan kuasa elektrik dan bateri di bahagian belakang.

Emas Country dan Emas-3 pula dijangka dibangunkan berasaskan teknologi hibrid plug-in selain pemasangan enjin konvensional yang boleh digerakkan menggunakan petrol, etanol, metanol dan gas asli.

Dengan berukuran hanya tiga meter panjang, ketiga-tiga kereta konsep tersebut bagaimanapun direka khusus untuk memaksimumkan ruang dan pada masa sama mengekalkan konsep kereta kompak berciri kontemporari.

Tun Mahathir berkata, pengenalan kereta konsep berkenaan membuktikan kesungguhan Proton untuk bersaing di peringkat global dan tidak lagi hanya bergantung kepada pengeluaran model kenderaan bagi pasaran tempatan.

Beliau berkata, Proton, Lotus dan Italdesign sedang dalam proses memuktamadkan reka bentuk sebelum dijangka dikeluarkan untuk pasaran dalam tempoh dua tahun lagi.

‘‘Tapi saya harap ia (keputusan muktamad) itu dapat dilakukan segera, mungkin dalam setahun atau kurang kerana kita mahu pastikan kereta ini dapat berada di pasaran secepat yang mungkin,” katanya selepas majlis pelancaran itu.

Menurutnya, siri kereta konsep tersebut adalah manifestasi kesungguhan Proton untuk mengorak langkah lebih besar dengan memanfaatkan sepenuhnya pengalaman selama 25 tahun dalam industri automotif.

‘‘Kerjasama dengan pemain utama seperti Giugiaro menceritakan komitmen Proton untuk mengukuhkan jenama dan bergerak lebih agresif dalam memenuhi tuntutan pasaran global,” tambahnya. – UTUSAN















Share this article :

+ comments + 11 comments

Tanpa Nama
3 Mac 2010 1:35 PTG

cepat2 la keluar ganti savvy. nak fight myvi via.

3 Mac 2010 7:57 PTG

hope yg ni ganti savvy.. btul 2.. myvi 1.5 dah nk kuar..

Tanpa Nama
11 Mac 2010 11:18 PG

EMAS... nama menerangkan segalanya...

Tanpa Nama
23 Mac 2010 1:01 PTG

cepatla keluar. aku x sabar nk sambar satu.

Tanpa Nama
27 Mac 2010 11:25 PG

ingat nak tukar kereta waja saya..... tapi harga kereta ni berapa ah... nampak macam kereta luar negara le... mesti beli 1...

Tanpa Nama
11 April 2010 10:25 PG

cepat2 la kuar....saya nk beli kereta nie tp tak tau nk beli kete ape...emas nie cun ngak.....

Tanpa Nama
11 April 2010 10:38 PG

Dengar cerita waja baru nk kuar dengan bentuk same ngan la lancer fortis,boleh la saya tukar waja lama saya nie.... harap2 kualiti kerata pun hampir2 same la ye proton, baru la rakyat percaya pada proton, alat ganti pun jgn la terlalu mahal....berpada-pada la dengan pendapatan rakyat malaysia....

17 April 2010 12:41 PG

saya tgk proton cencept emas mie ok...
exterior ok,interior ok, tpi yg aku pliknyer, maner tombol gearnyer? k diorg pakai mcm f1 or mcm honda gear kt blakang stereng???????

Tanpa Nama
10 November 2010 11:37 PTG

lampu blakang mmang cntik btul...bgus proton...sklas dgn jepon punnya kreta konsep...

Tanpa Nama
10 November 2010 11:39 PTG

mmang cntik ble nk kluar... hrap -2 cpat skit...

Tanpa Nama
10 November 2010 11:42 PTG

ptenggahan blan thun 2011 la aku arapkn kluar...biar dpat brsaing dgn myvi bru ni...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger