Perodua bakal lancar MyVi 1.5 liter


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Perodua bakal memperkenalkan model terbaru dari varian MyVi dengan enjin berkapasiti 1.5 liter menjelang suku pertama tahun depan.
Model itu mengambil model asas atau kerangka MyVi sedia ada dengan mengekalkan 'DNA' modelnya yang paling laris itu sambil membuat sedikit perubahan ke atas 'jelmaan baru' tersebut.

Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh ketika dihubungi Utusan Malaysiamengesahkan tentang pelancaran model itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang spesifikasi serta maklumat terperinci.
"Memang benar Perodua akan melancarkan varian MyVi 1.5 tetapi ia akan dilakukan pada tahun 2011, kemungkinan bulan April dan untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun nanti," kata beliau.
Aminar yang tidak mahu mengulas lanjut tentang model itu, percaya MyVi terbaru itu akan menjadi taruhan Perodua untuk kekal sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

Dalam pada itu, Aminar Rashid juga berkata, Perodua tidak bercadang untuk memperkenalkan model kereta hibrid ke pasaran tempatan.
Ini kerana katanya, pelaburan untuk model seumpama itu amat tinggi, lagipun model-model Perodua ketika ini telah terbukti mampu menawarkan penjimatan penggunaan bahan api.

"Kebanyakan pengeluar kereta memperkenalkan hibrid untuk menjimatkan penggunaan bahan api supaya lebih efisien dan mesra alam tetapi apa yang kami keluarkan telah memenuhi kehendak pasaran selain enjin kami tidak berkapasiti besar," katanya.
Beliau berkata, model-model Perodua sememangnya cukup efisien dari segi penggunaan bahan api serta mesra alam dan pengenalan model hibrid tidak akan dilakukan pada masa depan.
Bagaimanapun, Aminar Rashid tidak menolak sebarang kemungkinan yang wujud pada masa depan kerana perkara sedemikian adalah di luar kawalannya selain berdasarkan permintaan pasaran atau faktor-faktor lain.
Share this article :

+ comments + 56 comments

Tanpa Nama
10 Mac 2010 1:03 PTG

takat tukar kapacity enjin jer,baik x yah kuar...body still x menarik,dari belakang mcm org brpunggung besar pun ada,cm katak pn yer juga....buatlah design slim ckit....wat design kembung2,x de aerodinamik langsung....myvi klu bawak slow mmng jimat minyak,klu bwk laju2 minyak mcm air trjun....town driving ok...long distance hancooorrrrrrr...

11 Mac 2010 8:49 PG

saya jarang dengar orang ramai komplen pasal perodua. kali pertama di blog saya nih.

Tanpa Nama
13 Mac 2010 9:05 PTG

Betul ke tu...? Ntah2 tak pernah ada perodua kot. Pengalaman aku sbg pemilik Myvi, viva dan akan dtg tukar Alza, ok je... smooth... pegi balik kampung pun (long distance) ok gak, taklah minyak mcm air terjun. Ini pada pengalaman aku sebagai pemilik perodua.

Tanpa Nama
15 Mac 2010 8:59 PG

perbandingan dgn keluasan dan penjimatan mungkin pada proton. model perodua kebnyakan bersaiz kecil. beza minyak alza dan exora x byk beza tp exora lebih luas. cuma kualiti dan design menang pd perodua.

Tanpa Nama
18 Mac 2010 12:15 PTG

pelik la aku kalau org ckp minyak mcm air terjun kalau long distance......keter aku ok je.jimat gila....tapi xdela sejimat keter honda city....janganlah bandingkan ngan honda...tu bukan kelas perodua...tapi setakat hari ni (dh 4thn aku pakai)ok je myvi aku .xpernah ada masalah dan pernah buat hal keter aku.

Tanpa Nama
23 Mac 2010 12:13 PG

buat rekabentuk biar mantap, nama kereta dgn rekabentuknya sama...............

Tanpa Nama
23 Mac 2010 8:52 PG

aku pemakai produk perodua. x semua camtu. ikut kereta yg beli tu nasib la kan. kenari aku baru beli x sampai setahun bocor kat bumbung. hantar perodua, diorang x jumpa sebabnya, tp time hujan masih bocor bertakung sebelah penumpang depan. setelah cermin pecah kena batu lori hantu, aku tukar lepas tu terus ok. produk perodua x le kualiti sgt2 cuma defect2 tu tetap ada selagi ia buatan malaysia buat masa ni.

Tanpa Nama
27 Mac 2010 12:30 PG

mkin inilah kete kluaran p2 yg masih laris.. harap alza .. mungkin tidak..
yg aku pelik disebut pssal defect pada produa mesti ade je...yang crita sal manusia la.. sal itu laa.. semua reason menyedap hati jee..

Tanpa Nama
31 Mac 2010 4:52 PTG

wat proton jenis sedan plaklh... nk bonet bsr cikit tuk letak barang..

Tanpa Nama
5 April 2010 9:52 PTG

PROTON XLA BGUS SGT,ENJIN CAMPRO TU PUN WAT KAT PRO2.PROTON XMAJU LG...XDE CASTING SENDIRI..PENGARAH URUSAN PUN ORG DARI PRO2...HUHUHUHU.....BAGI AKU PROTON XBGUS LAGI..

Tanpa Nama
5 April 2010 10:04 PTG

AKU PAKAI PERSONA BARU SMINGGU RADIATOR DAH BOCOR,NSIB KETE X OVER HEAD...EXORA BODY BESAR TP ENJIN 1.6 NAIK GENTING KANE OFF AIRCOND...PANAS TUUU....DARIPADA BELI NEO R3 LOTUS HARGA 1XXXK,BAIK BELI CALDINA....

Tanpa Nama
6 April 2010 1:57 PG

ada bukti sila kan pamerkan di sini k..jangan jdi hanjing yg menyalak d bukit k..sape orang dari pro2 msk proton???blh listkan d sini x???sape punyer exora yang naik genting kena off air cond???listkan d sini???klu persona radiator bocor tlg postkan pic atau bukti pada admin..sy pon nk tgk defect proton dan benar kah kata2 kamu..atau jd HANJING menyalak d bukit.

Tanpa Nama
6 April 2010 2:13 PG

Below is the list of Perodua Alza Problem and how to solve the problem :
1) Masalah Bunyi – Bunyian dari tingkap
- Punca : ia dtg dari cermin kecil sebelah side mirror sebelah kanan.. dan dia ckp keluaran tahun 2010, masalah ni takkan timbul. [ty: bro @sacredturd]
- Penyelesaian : hantar ke SC letak silikon Hitam 2 settle. * info : @obes295

2) Bila Brek Berbunyi
- Punca : tidak pasti sama ada berpunca daripada keadaan brek yang masih baru.
- Penyelesaian : Tunggu Respon daripada HQ Service Center

3) Bunyi Enjin Kuat pada kelajuan 110-130
- Punca : ?
- Penyelesaian : Tunggu Respon daripada HQ Service Center

4) 3rd Row Seat side Kanan Panas bila Pemanduan lama
- Punca : ekzos di bawah seat tu sebabkan kepanasan?
- Penyelesaian : Tunggu Respon daripada HQ Service Center atau ianya adalah kes terpencil?

5) Bila hujan turun bunyi bising dari atas kereta Alza macam duduk dalam rumah beratap zink. Dah pergi ke SC Perodua (servis pertama 1000km)
- Punca : dan jawapannya bunyi tu sama dengan semua kereta keluaran Perodua. Kalau betul pun saya tak ada masaalah dengan kereta Proton (tak kan Proton lebih baik ?).
- Penyelesaian : Pergi buat sound insulations

6) Rustproff bawah kereta Alza tak dibuat 100% covered. Saya jumpa few sections di undercarriage yang tak di spray dengan rustproof coating. Potential untuk berkarat.
- Punca: robotic spraying program tak betul.
- Penyelesaian : -

7) Paint coating yang tak sama tebal (nipis pada bahagian bend) pada badan kerata Alza.
- Punca: robotic spraying program tak betul.

8) Bila Pasang Aircond Berbunyi Cit Cit Cit (mcm tikus)
- Punca : Aircond Belt tidak ketat
- Penyelesaian : hantar SC dan suruh ketatkan tali belt.
Bookmark & Share
www.alzaclub.net/forum/14-perodua-alza-problem/220-checklist-masalah-perodua-alza-dan-penyelesaian

Tanpa Nama
6 April 2010 9:37 PTG

orng pro2 tu tuan syed zainal abidin la wok...yg kini pegarah urusan proton..bila lg proton nak wat selinder head compro sndiri,kt proton dah maju..nasib la pro2 nak wat enjin campro tu....

Tanpa Nama
14 April 2010 1:29 PTG

perodua mmg mcm atap zink sbb besi die nipis,cube bwak savvy dan viva rasailah perbezaanya...

16 April 2010 5:01 PTG

(Tanpa Nama berkata...

perbandingan dgn keluasan dan penjimatan mungkin pada proton. model perodua kebnyakan bersaiz kecil. beza minyak alza dan exora x byk beza tp exora lebih luas. cuma kualiti dan design menang pd perodua.)

perbandingan yang dikata kan oleh Tanpa Nama tentang exora ngan alza mmg tidak adil kerana exora adalah buatan proton 100% tpi alza adalah kereta buatan jepun 'TOYOTA' yg dineri nama toyota passo sette...so, mmg la alza lbih bgus drpd exora kerana 'TOYOTA' jenama dunia...sejak dari permulaan penubuhan pro2 lg, mereka mngambil kereta brsaiz kecil buatan jepun...

list car from japan....

1. perodua kancil = daihatsu mira
2. perodua kembara = daihatsu terios
3. perodua kenari = daihatsu move
4. perodua myvi = daihatsu sirion,boon
5. perodua alza = toyota passo sette

Tanpa Nama
23 Mei 2010 9:47 PG

bagi saya model myvi nie satu kereta yang sangat sempurna dari segi prestasi,minyak,kualiti,ketahanan..setanding dengan kereta-kereta luar negara..minyak sangat2 jimat dengan Rm20 saya boleh pergi sejauh 315 km. percaya atau tidak?anda cuba lah sendiri..beli myvi sekarang...

Tanpa Nama
4 Jun 2010 2:17 PG

Kalau dengar komen2 mcm ni tak tau la bleh maju ke industri automobil negara. Sebab komen anda semua terlebih maju berbanding nak melaksana. Nak sempurna sangat pegi je ke p2 atau proton. Dok skali bagi pendapat. Dan jgn lupa bawa kertas keja sekali. Kut2 la dapat memperbaiki industri automotif negara.

27 Jun 2010 4:43 PTG

maf yek kawan2..
produa bukan produk malaysia ya...
ya betul2 produk malaysia adalah proton...
semua design produa adalah ambilan dari jepun ya..
hurray

Tanpa Nama
3 Ogos 2010 12:35 PG

proton pn bukan produk malaysia jugak la ye kawan di atas...design proton diambil dari mitsubishi...
dah jelas2 gmbr kat atas ni pun kete mitsubishi lancer..

proton 2010
3 Ogos 2010 8:39 PG

hanya model waja diambil dari mitsu. selain waja, model2 lain dibangunkan sendiri oleh proton. proton menggantikan model waja dengan model lancer sebagai waja 2010 adalah mengikut citarasa dan kehendak pengguna. proton lebih mengutamakan pembangunan produk utama iaitu persona baru, emas dan exora.

Tanpa Nama
4 Ogos 2010 3:18 PTG

klu kite x brapa nk tahu..jgn pndi2 nk ckp....
bkn waja je...proton saga lame dgn wira 2 pn dah sah2 model mitsubishi gak....

Tanpa Nama
4 Ogos 2010 4:58 PTG

masa tu proton memang ade kerjasama dengan mitsu. sebb tu saga,wira dan perdana dari model mitsu. selepas kontrak antara dua habis. proton keluarkan waja sebagai jenama model sendiri pastu savvy, sebab tu drop habis. pastu keluar gen2, persona dan saga baru, barulah proton naik balik. model waja baru adalah selingan kepada pengenalan model persona baru.

Tanpa Nama
5 Ogos 2010 1:55 PTG

ak taw lah...mcm la aku x taw....bkn kerjasama pn tapi proton gune teknologi mitsubishi yang lame dan hendak dibuang tp mahathir mintak...

Tanpa Nama
5 Ogos 2010 3:43 PTG

pakai perkataan 'kerjasama' la. sebab wira dibangunkan sama2.

Tanpa Nama
21 Ogos 2010 7:41 PG

Bagi saya kejutan yang bakal dibuat pada myvi nanti berkemungkinan badannya adalah jenis SEDAN. Saingan hebat untuk proton saga sekarang. Sekian... (",)

pro gen2
21 Ogos 2010 1:26 PTG

bagi aku kerjesama perlu utk meningkatkn kualiti sesebuah syarikat. Jgn bodoh sombong. Proton pd aku bagus kena jv dapat membuka mata dan blajar ttg teknologi org dan cuba adapt utk buat sndiri ikut citarasa sndiri. X mustahil proton blh jdk gergasi automotive dunia satu hari nanti. Pro2 plak slagi mereka x cuba berubah menjadi sbnr2 kereta nasional,sampai bile2 la x brubah. So no point la korang nak banggakn dgn produa,tu produk org luar. Ape la korang ni

Tanpa Nama
21 Ogos 2010 1:39 PTG

btl2... Produa rebadge sume keta bwk masuk msia orang x bising pun. Proton baru apply teknologi ngan bwk masuk beberapa model pun dah kena kutuk gile2. Kalau ati dah x suka tu,proton buat kapal terbang pun org msk kutuk lg

Tanpa Nama
23 Ogos 2010 8:27 PG

perodua x sepatutnya terus menerus camni. cuba kita tgk pengeluar kereta negara china, diorang ambik proton sebagai asas dan kemudian bina sendiri model diorang sendiri. perodua sepatutnya cam gitu.

10 September 2010 10:15 PTG

Pada pendapat aku pulak x ape nak dibanggakan dengan Perodua . . Sebab Perodua semua kereta guna DNA Toyota termasuk engine . . Perodua alza gune engine Toyota Advanza 1.5 x mustahil jugak Myvi baru guna engine tu jugak . . Korang beli Perodua Toyota jugak dapat untung .. Proton pulak aku bangga dengannya walaupon pelbagai kritikan yang diterima dan aku sendiri dah rasa kelemahan Proton . . Proton harus mempercepatkan perbincangnya dengan Toyota agar Proton boleh pergi lebih jauh.. Bagi aku Proton terpaksa menggunakan Mitsubishi Lancer kerana nak memenuhi kehendak rakyat Malaysia yang cukup taksub dengan design kereta Jepun terutama TOYOTA . . Mmmg aku mengaku design Toyota mmg mejority memuaskan . . Proton aku tengok macam x reti nak buat kereta dier macam x ikot jejak Toyota dan Honda yg rajin update design kereta walaupon die tahu ttg itu . . Proton harus jaga kualati barang yang digunakan agar tahan lama dan memuaskan . . Tapi aku ttp sokong Proton . .
Aku harap Proton akan jual kereta prototype yang dieorg buat macam Satria Neo Gemilang aku minat giler kerete tu . . Proton harus kerap meneliti kereta keluaran jenama lain untuk lebih berdaya saing di luar negara . .

22 Oktober 2010 3:42 PTG

perodua mahal macam haram

Tanpa Nama
26 Disember 2010 9:42 PG

jgn lah gaduh2 bah.. tak guna gak gaduh2.. p ar beli kereta apa yg korang mau.. ni nk gaduh2 plak.. mcm la pndai sgt.. kalau pndai sangat p ar buka syarikat kereta sendiri.. korang harus berterima kasih dgn bank dulu.. kalau x da bank yg aprve loan kereta korang tu manakan dapat nk beli kereta tu. tak kira lah produa ka proton ka kedua2 nya memilih bank yang sama.. ni kah sikap satu malaysia..

Tanpa Nama
28 Disember 2010 2:50 PTG

ala bkn ke proton skarang da brubah...apa yg krang x puas ati...power exora krang la ape cite ni...sbnarnya mne ade 2 cte orang bdoh je aq pgi indon ramai pkai exora siap ckap kat pmilik die tntanng exora jwapan amat mmbanggakan cme rkyat malaysia je yg kcoh...

Tanpa Nama
28 Disember 2010 2:55 PTG

ada org kte alza lbih power bbnding exora...realitinya alza dgn saiz yg kcil brbanding exora.ade org kte design exora x mntap mlangnya cba tngok alza yg mne lbih hodoh?dri sgi rear dan front dan side cbe korang tngok...

Tanpa Nama
28 Disember 2010 2:56 PTG

saya rse exora lbih mntap cbe tngok design alza eeeeee nmpak mcm klakar....

Tanpa Nama
28 Disember 2010 2:58 PTG

stakat myvi bru dri rnggka asal je?baik aq ambik emas.

Tanpa Nama
28 Disember 2010 3:00 PTG

klu aq, bli myvi scend pas2 cri bodupart myvi 2011 mcm rakyat mlaysia slalu buat toyota passo.

Tanpa Nama
28 Disember 2010 3:01 PTG

ye 2 pon klau ade!!!

Tanpa Nama
28 Disember 2010 3:02 PTG

dri aku bli myvi baik bli persona...

Tanpa Nama
28 Disember 2010 3:03 PTG

ye mmang tpat sye skong...

Tanpa Nama
6 Januari 2011 1:20 PTG

ah aku suke myvi..

Tanpa Nama
6 Januari 2011 1:25 PTG

kenape perodua x nak ganti model turbo mcm boon x4 utk model myvi baru ni..setakat 1.5 baik pakai alza je..no difference..

Tanpa Nama
8 Januari 2011 2:14 PTG

klu dh nama keta mesia mmgla xde 1 pn design yg menarik.klu dpn cntik,blakang plak hodoh.begitulah sebaliknye.cth alza dpn lampu mcm mata katak.blkg
xde bntuk lgsung.hampeh tol.tgk la kt jln raye mane de sngt org pkai.

Tanpa Nama
10 Januari 2011 9:45 PG

aku rase ramai yg pakai alza.

Tanpa Nama
10 Januari 2011 1:53 PTG

myvi blind spot die bsr..
kene jenguk2 dl..

Tanpa Nama
2 Februari 2011 12:51 PTG

hodoh2 pon market sale di malaysia perodua no. 1 dalam 5 tahun berturut2...so ape nak kate lagi..kepada pengutok2 perodua..nampak sangat anda dengki dengan pencapaian perodua...

Tanpa Nama
5 Februari 2011 8:31 PTG

betul tuuuu.....i love perodua

Tanpa Nama
18 Februari 2011 9:18 PTG

Kepada sume yang memberi pendapat.
Bg aq kite patutu bangge ngan malaysia ni..
Sbb walaupun kite byk meniru dalam mereka bentuk..
Tp kereta yang dikeluarkan tetap OK...
X kire p2 atau proton..
Kite masih lg di peringkat permulaan..
So mmg byk prob le kekawan..
So syukurlah dr xde kete...
Tul x??

Selayunk Boy

Tanpa Nama
21 Februari 2011 12:24 PG

Ok..ok...saya jual kereta... Perodua boleh, Proton pun boleh...sapa nak tempah?

Tanpa Nama
26 Februari 2011 2:08 PG

aku guna hilux 2.8CC..ok jer, kalau taknak banyak masalah...beli yang elok terus...hehehe...

Tanpa Nama
26 Februari 2011 2:15 PG

aku duk dalam estet..jalan tanah merah, maintain sendirik plak tu....myvi pecut 60km/j, dalam masa 2 taun..rosak lower arm jer, member aku guna gen2..geleng kepala, oil sump rendah sangat....kalau duk kat bandar komplen banyak, fikirlah orang lain yang duk kat kawasan luar bandar...nak harap Jangan Kerja Rajin (JKR) repair, sori bro...tggu election la jwbnye....ok, adios

Tanpa Nama
26 Februari 2011 12:27 PTG

i love pro2... kpd yg ckp pro2 hodoh n alza xbyk orang pakai lu mmg cakap xda asas mcm katak bwh tempurung betui xtua keadaan semasa, bukan ka pro2 pengeluar no.1 5thn brterut2?? kalau xcntk xkn jdi no.1? klu xbgs xkn jdi no.1?? tu pn xtau ke? aku tgk melambak alza atas jalan lu xnampak ke?? @ lu mmg bwh tmpurung?? and stkat yg aku tau la tp xtau soheh ke x, pro2 n proton ada perjanjian yg mane pro2 xdibenarkn kua kn keta ada bontot (sedan) n ada logick nys jgk cos setakat nk kuakn keta ada bontot ada pe hal kn?? tp dh ada perjanjian n proton lak dh dibeckup oleh goverment 100% so kena la patuh.. tp kalau betui la kan xadil la cos dh menghalang kemajuan org len.. so xhairan la pro2 kua kn keta guna DNA myvi klu kemajuan di sekat.. apapn pada pndangan aku keta baru yg guna DNA myvi ni tetap cun n menggoda dgn engine lebih power.. good luck PERODUA

Tanpa Nama
15 Mac 2011 12:32 PTG

pengguna perlu pilih kualiti yg terbaik...so, xpayahlah nak ckp mane baik...dah terang2 perodua paling byk org bli sbb kereta diaorg bagus...teknologi toyota...murah n jimat...proton? pkai xbrape lama, smua nak rosak...bunyi sane sini... :P

10 April 2011 1:18 PG

yang mnjdi mslahnye...proton luar negara punye kualiti tip top...kt dlm ngara hncur..

Tanpa Nama
29 Jun 2011 1:07 PG

kesimpulan disini....blilah kereta import sbb kete import jauh lebih thn dr kete proton=protein=potong=pornton=plotong=kelentong=tonton dan perodua=berokdua

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger