Proton Exora Turbo

Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@bharian.com.my

Proton Holdings Bhd sudah menyelesaikan pembangunan enjin turbo yang bakal digunakan pada model kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya, Exora dengan pelancaran dijangka dibuat awal tahun depan. Sumber industri berkata, model Exora Turbo itu akan diperkenalkan pengeluar kereta nasional itu selepas pelancaran model gantian Waja serta model Persona berwajah baru akhir tahun ini.

“Model gantian Waja akan diperkenalkan bersama-sama Persona penampilan baru menjelang akhir tahun ini. “Sementara itu, kerja pembangunan enjin berkuasa turbo bagi Exora sudah selesai dan dijangka dilancarkan awal 2011,” kata sumber industri itu kepada Berita Harian. Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pengeluaran model

Exora Turbo itu mungkin pada peringkat awal akan dibuat pada skala kecil bergantung kepada permintaan pelanggan.

“Matlamat utama penghasilan Exora untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dengan ciri kenderaan itu yang selesa, selain harganya yang berpatutan,” jelasnya. Proton kini katanya, kembali mengukuhkan semula kehadirannya dalam industri automotif tempatan selepas pengenalan Exora. Mengenai model gantian Waja, sumber industri itu berkata, ia menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan

. Model sedan baru itu dijangka mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan juga antarabangsa dengan harga pengenalan di dalam negara sekitar RM80,000 seunit.

Justeru, model baru itu berada di landasan terbaik untuk memberikan saingan kepada kenderaan sedan keluaran syarikat automotif asing lain, katanya. Beliau berkata, Proton juga sedang mengkaji untuk memindahkan keseluruhan operasi pengeluaran kenderaannya di Shah Alam ke Tanjong Malim dan keputusan mengenainya dijangka diketahui pada awal 2011.

“Difahamkan mereka akan membuat keputusan sama ada men

jual atau menyewa kilang pengeluaran di Shah Alam, sebaik saja penilaian untuk memindahkan aktiviti di sana ke Tanjong Malim. “Beberapa pihak menyatakan minat untuk menyewa dan membeli kilang milik Proton di Shah Alam. Ia tentunya akan bergantung kepada harga yang ditawarkan kepada Proton,” katanya. Pemindahan keseluruhan operasi pengeluaran ke Shah Alam membolehkan Proton menjimatkan kos, justeru dapat dialirkan kepada aktiviti pembangunan produknya.

sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Ekonomi/20100221225946/Article/index_html


Share this article :

+ comments + 12 comments

Tanpa Nama
28 Februari 2010 9:41 PG

ComeYyY!!!

Tanpa Nama
11 Mac 2010 4:15 PTG

hebat sgguh kereta ni...aku bangga jadi rakyat m'sia bila dapat pandu kereta nie...proton adalah kebanggaan m'sia....m'sia boleh!!!!

Tanpa Nama
22 Mac 2010 5:33 PG

setakat copy and paste jew....
snang kan..

Tanpa Nama
22 Mac 2010 2:57 PTG

ni program tukar sama suka proton dan mitsu. mitsu ambik persona ngan exora.

Tanpa Nama
23 Mac 2010 12:32 PG

wah maju proton and neutron!!!

Tanpa Nama
23 Mac 2010 8:56 PG

satria neutron

Tanpa Nama
14 April 2010 1:38 PTG

proton blh g jauh.. lantak la org nak cakap ape janji kbanyakan kat proton 2 org kite.. sape nk suport bangsa sndiri kalau bkn kite

17 April 2010 12:24 PG

exora prestige mmg kemas....klu mcm nie toyota estima pun tergugat....hehe....

Tanpa Nama
13 Mei 2010 6:13 PTG

product keluaran proton semakin berkualiti dn menarik...harga pun mampu beli....cayo proton.

Tanpa Nama
13 Mei 2010 6:15 PTG

produk keluaran proton semakin berkualiti dn di sukai ramai....harga pun murah tp pakage yg ditawarkan sama dg kereta2 import...cayo proton.

Tanpa Nama
14 Mei 2010 2:01 PTG

proton dah semakin matang.

Tanpa Nama
10 Julai 2010 11:46 PG

proton tetap dihatiku....

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger