ROLLS ROYCE LANTIK WAKIL JUALAN DI KUALA LUMPUR

sumber Utusan Online

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Rolls-Royce Motor Cars mengumumkan pelantikan Quill Motorcars Sdn. Bhd. sebagai wakil jualannya yang sah di Kuala Lumpur.

Quill Motorcars, adalah sebahagian daripada Kumpulan Syarikat-Syarikat Quill, yang juga baru dilantik sebagai wakil jualan BMW di Malaysia.

Wakil jualan Rolls-Royce Motor Cars di Kuala Lumpur akan diterajui oleh Pengarah Urusannya, Datuk Michael Ong.

Pengarah Serantau Rolls-Royce Motor Cars di Asia Pasifik, Colly Kelly berkata, pelantikan wakil jualan bagi kereta mewah itu akan mengukuhkan semula kehadirannya di Malaysia, selaras dengan keyakinan syarikat di pasaran Malaysia.

''Dengan adanya Rolls-Royce Phantom dan Ghost, membolehkan kami menawarkan kereta-kereta mewah di Malaysia.

''Kami akan bekerjasama dengan wakil baru unuk mengukuhkan standard tertinggi kepada pemilik-pemilik kereta tersebut,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ong berkata, pihaknya berbangga kerana ditawarkan untuk membangun dan menyediakan kereta terbaik dunia itu kepada Malaysia.

Dengan pelantikan itu, jumlah wakil jualan Rolls-Royce di seluruh dunia kini berjumlah 83. Lokasi bilik perkhidmatan dan pameran terletak di Petaling Jaya.

Bagi 2010, Rolls-Royce mempunyai lime model yang bakal diperkenalkan iaitu Phantom, Phantom Extended Wheelbase, Phantom Drophead Coupé, Phantom Coupé dan semua Rolls-Royce Ghost baru, siri model baru yang pertama.

Model itu akan dilancarkan di Kuala Lumpur pada akhir bulan ini.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger