Proton Exora B line?


Gambar ni tengah hot kat internet, aku ambik untuk tatapan kat semua orang. Exora ni dikatakan versi B line dengan warna putih bumper hitam. Sebelum ini, Exora hanya ada variasi M line dan H line. Mungkinkah B line ni keluaran gear manual? Ini mungkin juga persaingan untuk Perodua MPV yang harga lebih rendah dari EXORA H line. Proton akan mengeluarkan Exora B line untuk memberi saingan dengan Perodua.

Ramai juga yang mengatakan spyshot Toyota Passo Sette bercerminkan hitam legam tu bukan dari perodua. Ramai yang cakap dibeli oleh Proton untuk menguji MPV berkenaan kerana ia adalah mpv yang sama akan dikeluarkan oleh Perodua nanti. Toyota Passo Sette tu memang yang original dari Jepun. Ramai yang cakap no plat kat kereta tu hampir sama atau dekat dengan Exora semasa test drive. Tak dapat dipastikan mana satu yang betul.

Apa yang diharapkan ialah warna Exora sepatutnya janganlah warna bumper hitam sebaliknya mengikut warna body Exora tersebut. Sangat menyedihkan jika sebuah MPV kebanggaan semua orang terdapat versi bumper hitam. Rim cover je takpelah kalau takde rim sukan. Jangan jadi Saga N line, sangat hodoh sebab bumper hitam.

Mengikut pemilik-pemilik Exora, Kemampuan enjin campro cps 1.6 ni sangat diluar jangkaan dan cukup pickup. Mungkin yang ramai was-was tapi hakikatnya ia adalah sebuah mpv yang cukup luas dan enjin yang cukup mantap.





Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger