Proton Savvy History






Proton Savvy ni merupakan pengganti Proton Tiara. Asal Proton Tiara adalah Citreon AX kereta Eropah. Tiara tidak mendapat sambutan kerana kereta ini mengalami masalah teknikal dan memang rugi jika sesiapa yang membeli. Oleh itu, pengeluarannya diberhentikan dari 1996 - 2000. Lima tahun kemudian muncul kereta mini yang dinamakan Savvy. Savvy juga dikatakan kurang mendapat sambutan kerana ketika itu Perodua melancarkan Myvi di mana rekabentuk lebih menarik. Lama kelamaan para pengguna menyedari Savvy mempunyai kelebihan iaitu jimat minyak. Proton ambil inisiatif, memberi rupa baru Savvy dan harga kereta yang lebih murah dari lebih RM40K kepada RM30K. Enjin Savvy menggunakan 1.2 L Renault D4F14 dan bersesuaian dengan saiz Proton Savvy. Savvy kini bersaing pula dengan Saga yang dikatakan jimat minyak. Kita dengar saja apa para pengguna komen setelah ramai menggunakan Saga.

Antara Proton Saga dan Savvy mana lebih jimat minyak?

5 comments

Sejarah Proton Saga







Mula-mula Proton Saga 1985 berteraskan Mitsubishi Lancer Fiore generasi kedua. Lepas tu keluar pulak Proton Saga Knight (aeroback hitam), kemudian Proton Saga Iswara (sedan dan aeroback). Tak lama kemudian keluar lah Proton Saga Iswara Sport warna silver metallic. Kemudian keluar lagi Proton Saga LMST ( yang orang gelar kereta kebal tu). Kini keluarlah Generasi kedua Proton Saga buatan rakyat Malaysia. Proton Saga baru (BLM) ni berteraskan Proton Savvy.
2 comments

Sape kata Proton tak nak buat MPV dari dulu lagi?



Dari dulu lagi Proton dah buat MPV tapi dari siri mini je la. Masa diorang ngan Mitsubishi lagi dah ada MPV, memang le Juara tu tak cantik dan kecil, tapi ini titik tolak kepada perubahan Proton untuk membuat MPV yang lebih baik. ape yang kita tengok pada artikel yang lepas Proton akan lancarkan MPV yang mungkin akan membanggakan kita. Taklah macam Juara, lepas ni kita akan mempunyai Proton MPV yang setaraf dengan MPV antarabangsa. Kira OK lah tu. Gambar lakaran di atas diambil dari report Proton 2006, Proton Juara diambil dari Wkipedia.
5 comments

Satria Gemilang





Kereta ni digunakan pada sambutan Kemerdekaan Ke 50. Kalau kita tengok, macam Satria Neo, kat plat no. ditulis Satria Gemilang. Kereta ni dikategorikan sebagai kereta cabriolet ( tanpa bumbung ). Satria Neo jika boleh, biarlah ada empat pintu, ataupun edisi sedan, mesti ramai yang beli kerana rekabentuknya boleh dikatakan cantik dan sporty berbanding kereta Proton yang lain.

Informasi Lain mengenai Satria
0 comments
SELAMAT MENGUNDI KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA. PILIHLAH CALON KERAJAAN YANG ANDA YAKIN.
0 comments

Gossip Terkini Perodua Kenari 2008




Buat masa ini gambar-gambar di atas tersebar luas di internet. Banyak sumber mengatakan ia adalah bakal pengganti Perodua Kenari yang ada sekarang. Ia menggunakan Enjin 660cc. Apepun nantikan spyshot terkini nanti, gambar diatas adakalanya rekaan semata-mata. Pada masa kini gossip bukan hanya pada manusia tetapi sudah pada kereta juga.
2 comments

2008 Proton GEN2 Facelift with CPS launched!


Prices:
Proton GEN2 1.6 CPS High Line Auto - RM60,488
Proton GEN2 1.6 CPS High Line Manual - RM57,488
Proton GEN2 1.6 IAFM Medium Line Auto - RM56,488
Proton GEN2 1.6 IAFM Medium Line Manual - RM53,488

CLICK HERE FOR MORE INFORMATIONS
2 comments
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger