











Mungkin anda ada yang sudah terlupa sebelum ini Proton mengeluarkan dua buah kereta Mereka iaitu Waja dan Gen2 berkonsepkan R3. Kedua-dua kereta itu dikenali sebagai Waja MME dan Gen2 MME. Kini Proton kembali dengan konsep R3 melalui Proton Satria Neo R3. Reka bentuk luaran nampak lebih garang berbanding asal ditambah bumper dan sirkit yang lebih segar. Penampilan spoiler yang lebih ringkas, beserta ruang ekzos yang sporty. Ditambah rim 17inci Enkei aloi rekaan terkini lebih anggun. Rekabentuk dalaman juga diubahsuai seperti stereng, paddle gear, tempat duduk. hanya paddle gear adalah standard asal. Enjin pula menggunakan Campro 1.6 tanpa CPS, tanpa IAFM, tanpa VIM cuma ia menggunakan kabel , spark plug 8mm, R3 ekzos tune enjin dan R3 ECU with remapped settings. Kuasa enjin kadar 135 horsepower pada 6,100rpm dan torque meningkat 164Nm pada 4,200rpm. ( lihat jadual yang diberikan di atas).









































