Toyota tingkatkan rekaan kereta hibrid


TOKYO 7 Julai - Toyota Motor Corp. merancang untuk menambah panel solar pada kereta hibrid Prius pada awal tahun depan bagi menjana penyejuk udara.

Akhbar harian ekonomi Nikkei hari ini melaporkan, syarikat kereta itu akan memasang panel solar pada bumbung model tersebut yang merupakan sebahagian daripada rekaan terbaru untuk kereta hibridnya.

Jika rancangan tersebut berjaya, Toyota akan menjadi pengeluar kereta pertama menggunakan sistem penjanaan kuasa solar dengan pengeluaran besar-besaran.

Toyota mengeluarkan Prius iaitu kereta hibrid petrol-elektrik secara besar-besaran pada 1997 dan direka semula pada 2003, sementera generasi ketiga akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun Toyota enggan mengulas laporan Nikkei itu.

"Kami tidak boleh mengulas mengenai perancangan produk," kata jurucakapnya.

- AFP

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger