Design Pintu untuk Proton MPV


Berdasarkan satu forum mengenai topik Proton MPV, design di atas merupakan pintu yang akan digunakan pada Proton MPV. Cuma Saiz pintu ni kecil sikit tapi rekaannya seakan Pintu Wish. Menurut Forum itu lagi, Proton MPV menggunakan kod P6-20A saiz kenderaan besar lebih kurang wish,tinggi 165cm dan panjang 440cm (tidak termasuk bumper). Proton MPV yang akan menggunakan enjin Campro 1.6 Supercharged atau 1.8 mengikut kata-kata vendor Proton, Proton MPV ni lebih meyakinkan dan tidak menghampakan pembeli nanti.

Proton kini sudah kembali dilandasan sebenar berikutan sambutan hangat terhadap Proton Saga. Tempahan dalam dan luar negara yang melebihi pengeluaran pada masa ini menunjukkan Proton kembali diyakini. Apapun ditahap pencapaian begini, Proton harus ingat mengenai aspek kualiti dan kecekapan mesti diutamakan untuk terus berdaya saing.

sedikit maklumat mengenai Perodua MPV, Perodua MPV menggunakan kod D46T (Myvi Sedan). Perodua MPV bersaiz kecil berbanding Proton MPV kerana menggunakan platform Myvi.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger