PERODUA NAUTICA (Perodua Kembara)




(sumber Berita Harian Online, Gambar diambil dari blog personal)

PERUSAHAAN Automobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) semalam mengumumkan nama untuk model baru yang akan dilancarkannya bulan depan, iaitu Nautica 4WD.

Kenderaan sport utiliti (SUV) transmisi automatik dengan kapasiti enjin 1.5 liter itu akan ditawarkan dalam dua warna, iaitu kelabu (medallion Grey) dan hitam (Majestic Black).

"Orang ramai boleh mula membuat tempahan bagi model itu mulai 10 Mei," kata syarikat itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.


Syarikat itu menjelaskan, nama Nautica itu diambil daripada perkataan Inggeris "Nautical" yang merujuk kepada navigasi yang dilakukan di air seperti pelayaran atau belayar.

Justeru, katanya, Nautica menggambarkan imej pengembaraan dan kemewahan serta kemampuan untuk menikmati pengalaman tanpa had sempadan.

Perodua berkata, seperti kenderaan Perodua yang lain, Nautica 4WD yang dikategorikan sebagai 'SUV bandar kompak', didatangkan dengan 'tagline' eksklusif, iaitu "4WD yang ideal".

"Nama Nautica beserta 'tagline' itu mewakili satu evolusi dalam SUV bandar.

"Perodua Nautica 4WD telah dibangunkan dengan mengambil kira semua yang diperlukan pelanggan terhadap sebuah 4WD dari aspek keanggunan dan kompak, dengan keupayaan mengharungi permukaan lasak dengan baik," katanya.

Sementara itu, sumber industri berkata, model SUV yang akan dilancarkan Perodua itu seiras dengan Toyota Rush yang dilancarkan UMW Toyota di negara ini Januari lalu, tetapi dengan lima tempat duduk berbanding tujuh tempat duduk bagi Rush.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar pula sebelum ini dilaporkan berkata, model baru yang dilancarkan syarikat itu sekitar pertengahan tahun ini bagi menggantikan model Kembara yang berada di pasaran sejak Ogos 1998.

Model berkenaan, katanya akan memiliki ciri yang bersesuaian dengan permintaan semasa pengguna termasuk saiznya yang lebih besar dan selesa berbanding Kembara.

Share this article :

+ comments + 3 comments

26 April 2008 11:23 PTG

sy mmg peminat suv.dgn adenye nautica, n kalau perfomance same lvel dgn rush + harga lagi murah, komfem sy amek

Tanpa Nama
28 April 2008 4:33 PTG

harga dlm 90k kot sebab import, cuma tukar logo je.

17 April 2010 1:09 PG

model nie adalah model yg terdpt kt singapura a.k.a toyota rush, berbeza dgn rush m'sia kerana rush singapura lebihh pendek mcm nautica......

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger