34,000 Savvy ditarik dari pasaran


Proton menarik semula kereta Savvy dari pasaran untuk membuat pemeriksaan kemungkinan masalah galas roda belakang yang dimasuki air yang boleh menyebabkan komponen terbabit rosak.

"Keselamatan dan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan utama kami. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami menarik balik semua Savvy untuk diperiksa dan dibaiki. Kami memohon maaf kepada semua pemilik Savvy di atas segala kesulitan yang berlaku" katanya.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan hari ini, demikian menurut Bernama.

Penarikan balik itu akan melibatkan 34,000 kereta Savvy dan Proton akan menjalankan pemeriksaan yang perlu dan membuat penggantian tanpa sebarang kos kepada pelanggan.

Proton berkata semua pemilik Savvy dinasihatkan membawa kereta mereka ke cawangan servis Proton Edar atau EON yang terdekat untuk pemeriksaan.

"Penarikan semula ini semata-mata langkah berjaga-jaga kerana keselesaan dan keselamatan pelanggan merupakan keutamaan utama Proton," kata Proton.

Pelanggan disaran menghubungi dengan segera cawangan servis berdekatan bagi temu janji untuk pemeriksaan kereta mereka. Selain itu mereka juga boleh menghubungi Proton i-Care di talian 1-300-880-888.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger